Solat Dhuha dan Kelebihannya (Panduan Lengkap Berserta Soal Jawab)

doa-solat-dhuha


Solat Dhuha adalah salah satu daripada solat-solat sunat yang dianjurkan di dalam agama Islam. Persoalan mengenai apa itu solat dhuha, hukum, dalil, waktu mengerjakan, kelebihan, doa solat dhuha dan beberapa persolan-persoalan lain yang sering kali menjadi kekeliruan di kalangan umat islam akan dibahaskan di sini.

More...

Seterusnya, akan disyorkan juga rujukan dari buku-buku berkaitan solat dhuha dan video yang baik untuk ditonton sebagai memberi lebih kefahaman mengenai ibadah sunat ini.

Takrif Solat Dhuha

Dari segi Bahasa, duha adalah matahari atau cahaya matahari.

Manakala dari sudut syarak, solat dhuha adalah solat yang dilakukan pada waktu matahari baru terbit.

Dalil

Sesiapa yang melakukan solat dhuha seolah-olah dia telah melakukan kebaikan atau sedekah dengan seluruh anggotanya.

Hukum

Sunat iaitu perbuatan yang dituntut melakukannya tanpa kemestian. Boleh rujuk pengertian sunat yang lengkap di sini

Berdasarkan riwayat daripada Abu Zar r.a, Rasullullah SAW bersabda:

dalil-solat-dhuha

Maksudnya: "Setiap tulang sendi seseorang menjelang pagi memerlukan sedekah. Untuk itu, setiap tasbih itu adalah sedekah, tiap-tiap Tahmid adalah sedekah, tiap-tiap Tahlil adalah sedekah dan tiap-tiap Takbir adalah sedekah. Menyeru makruf adalah sedekah, mencegah kemungkaran adalah sedekah, semua perbuatan itu sama nilainya dengan 2 rakaat solat Dhuha."

Waktu Solat Dhuha

Bermula dari terbit matahari kadar segalah (7 hasta) dengan sempurna hingga matahari tergelincir.

Waktu paling baik untuk solat dhuha adalah 1/4 waktu siang iaitu lebih kurang jam 10 pagi.

Click to Tweet

Bilangan Rakaat

Paling kurang = 2 rakaat.

Boleh dilakukan = 4 atau 6 rakaat.

Paling banyak dan sempurna = 8 rakaat

Terdapat juga pendapat yang mengatakan = 12 rakaat

Lafaz Niat

niat-solat-dhuha

Ertinya: "Aku bersolat sunat duha dua rakaat semata-mata kerana Allah Taala."

Solat duha 4, 6 dan 8 rakaat boleh dilakukan dengan satu salam dengan tasyahud pada setiap rakaat yang genap seperti pada rakaat ke 2, 4 dan 6.

Rujukan: I'anah ath-Thalibin

Surah Yang Dibaca

Kaedah 1

Kaedah 2

Doa Dhuha

doa-dhuha

Maksudnya: Ya Allah sesungguhnya waktu dhuha itu, adalah waktu dhuha (milikMu), pancaran cahaya adalah pancaran cahaya (milik)Mu, (Segala) KecantikanMu itu adalah kecantikan (milik)Mu, (Apapun) Kekuatan adalah kekuatan (milik)Mu, (Apajuga) qudrat adalah qudratNya, dan (Segala) perlindungan itu adalah (datang dari) perlindunganNya. Ya Allah sekiranya rezekiku ada di langit maka turunkanlah ia, jika ada di bumi keluarkanlah ia, Jika sukar (Kau) mudahkanlah, Jika ia kotor (Kau) suci bersihkanlah, jika ia jauh dekatkanlah, dan jika ia hampir maka permudahkanlah, dengan kebenaran dhuhaMu, pancaran cahayaMu, KecantikanMu, KekuatanMu dan QudratMu, Berikanlah aku apa yang telah Kau berikan (kepada) hamba-hambaMu yang soleh."

Sebagai alternatif, kumpulan nasyid UNIC telah mencipta sebuah lagu adaptasi dari doa solat dhuha dalam bahasa arab dan bahasa melayu.

Anda boleh tonton video ini di YouTube atau dapatkan album mereka di sini.

Allahumma Innadh Dhuha-A Dhuha-Uka

Wal Bahaa-A Bahaa-Uka

​Wal Jamaala Jamaaluka

Wal Quwwata Quwatuka

Wal Qudrata Qudratuka

Wal Ishmata Ishmatuka

Allahuma Inkaana Rizqi Fis Samma-I Fa Anzilhu

Wan Inkaana Fil Ardhi Fa-Akhrijhu

Wa Inkaana Mu’asiran Fayassirhu

Wa Inkaana Haraaman Fathahhirhu

Wa Inkaana Ba’idan Fa Qaribhu

Bihaqqiduhaa-Ika Wa Bahaaika

Wa Jamaalika Wa Quwwatika Wa Qudratika

Aatini Maa Ataita Min’Ibadikash Shalihin

Ya Allah

Sesungguhnya Waktu Dhuha itu DhuhaMU

Kecantikannya KecantikanMU

Keindahannya KeindahanMU

Kekuatannya KekuatanMU

Kekuasaannya KekuasaanMU

Perlindungannya PerlindunganMU

Ya Allah

Jika rezeki masih di langit, turunkanlah

Jika di bumi, keluarkanlah

Jika sukar, permudahkanlah

Jika haram, sucikanlah

Jika jauh, dekatkanlah

Berkat waktu Dhuha

KecantikanMU, keindahanMU

KekuatanMU, kekuasaanMU

Limpahkan kepadaku segala

Yang Engkau telah limpahkan

Kepada hamba-hambaMU yang soleh

Buku Berkaitan Solat Dhuha

Terdapat beberapa buku yang disyorkan berkaitan solat-solat sunat seperti di bawah yang mana ditulis oleh tokoh-tokoh agamawan antaranya adalah  Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri, Dr. Udah Mohsin dan Dato' Dr. Mahmood Zuhdi Haji Abdul Majid. Ia adalah buku-buku yang berkualiti mengenai solat-solat sunat seperti solat dhuha, solat hajat, solat tahajjud dan sebagainya.

Amat disyorkan disini adalah buku Ensiklopedia Solat yang merupakan salah satu buku solat-solat sunat yang telah mendapat Anugerah Buku Negara di mana ia juga disertai dengan kata pengantar oleh Datuk Haji Md. Hashim Yahaya iaitu Mantan Mufti Wilayah Persekutuan.

Kuliah Solat Dhuha Di YouTube

Terdapat banyak video di YouTube sebagai alternatif untuk menambahkan kefahaman kita tentang solat dhuha.

Salah satu video yang dipaparkan di bawah adalah rakaman kuliah dari Dr. Abdul Basit Abdul Rahman yang sangat baik untuk ditonton untuk mendapatkan lebih kefaham tertang solat dhuha. Ia adalah merujuk kepada kitab Riyadhus Salihin karangan Iman An-Nawawi.

Bonus: dibawah setiap video disediakan nota kuliah berkaitan dengan solat dhuha.

DR. ABDUL BASIT ABDUL RAHMAN

Nota Kuliah Berkaitan Solat Dhuha: Track 4:05 - 8:00

  • Dari hadith riwayat Abu Dzar R.A dari Rasullullah SAW mengenai kelebihan solat sunat dhuha. (Rujuk hadith di atas)
  • Setiap sendi yang ada pada manusia adalah sedekah. Setiap Tasbih (subhanallah), Tahmid (alhamdulillah), Tahlil (lailahaillallah), Takbir (allahuakbar), Amar Makruf & Nahi Munkar kesemuanya adalah sedekah. Semua ini terpenuhi dengan mengerjakan solat dhuha sebanyak 2 rakaat.
  • Solat dhuha adalah solat syukur kepada Allah swt.
  • Ada 360 sendi di tubuh manusia, untuk membayar kesyukuran kepada setiap nikmat tubuh badan kepada Allah adalah dengan dengan melakukan 2 rakaat solat dhuha.
  • Solat dhuha bukanlah solat murah rezeki bahkan solat dhuha sebenarnya adalah solat syukur kepada Allah yang memberikan rezeki untuk nikmat tubuh badan manusia.
  • Ada 360 sendi di tubuh manusia, untuk membayar kesyukuran kepada setiap nikmat tubuh badan kepada Allah adalah dengan dengan melakukan 2 rakaat solat dhuha.

USTAZ SYED NORHISYAM TUAN PADANG

Nota Kuliah Berkaitan Solat Dhuha: 0:01 - 10:04

  • Dari hadith riwayat Abu Dzar R.A dari Rasullullah SAW mengenai kelebihan solat sunat dhuha. (Rujuk hadith di atas)
  • Menjadi tanggungjawab di atas setiap sendi manusia untuk melakukan sedekah setiap pagi sebagai tanda syukur kepada Allah swt. 
  • Di dalam tubuh badan manusia ada banyak sendi seperti di tangan, siku, lutut, pinggang, kaki dan sebagainya yang membolehkan manusia bergerak.
  • Maka, setiap Tasbih (subhanallah), Tahmid (alhamdulillah), Tahlil (lailahaillallah), Takbir (allahuakbar), Amar Makruf & Nahi Munkar kesemuanya adalah sedekah.
  • Amar Makruf adalah menyurah orang berbuat kebaikan. Manakala Nahi Munkar adalah mencegah orang berbuat kejahatan.
  • Kebanyakan orang mengaitkan solat dhuha dengan murah rezeki dan seperti memberikan syarat kepada Allah swt kepada sesuatu ibadah tertentu dengan mengharapkan balasan. Sepatutnya, setiap ibadah yang dibuat adalah sebagai tanda kehambaan.
  • Rakaat pertama dibaca surah al-Syam dan rakaat kedua dibaca surah al-Duha atau membaca surah al-Duha pada rakaat pertama dan rakaat kedua al-Kafirun atau membaca surah al-Kafirun diikuti pada rakaat kedua membaca surah al-Ikhlas. Jika tidak juga mampu, memadai dengan hanya membaca surah al-Fatihah.

Soal Jawab

Soalan: Bilakah waktu afdal solat sunat dhuha?

Jawapan: Waktu sah solat dhuha adalah sehingga waktu Zuhor. Manakala waktu afdal adalah dari jam 8.30 - 10.00 pagi.

Kesimpulan

Perkara

Takrif

Hukum

Waktu

Bilangan Rakaat

Solat Dhuha

Dari sudut bahasa, matahari atau cahaya matahari.

Manakala dari segi syarak, solat dhuha adalah solat yang dilakukan pada waktu matahari baru terbit.

Sunat

Bermula dari terbit matahari kadar segalah (7 hasta) dengan sempurna hingga matahari tergelincir.

Boleh dilakukan 2 hingga 12 rakaat 

Akhir sekali, marilah sama-sama kita perhatikan petikan salah satu ayat dari buku Magnet Rezeki Dengan Solat Duha yang dapat menyedarkan kita agar membetulkan niat untuk melakukan solat dhuha bukan semata-mata mengharapkan rezeki, tetapi yang lebih penting adalah sebagai ibadah kepada Allah.

Rujukan: 

  • Riyadhus Shalihin, terbitan Insan Kamil
  • Bijak Solat, terbitan inteam Publishing
Imer Imran
 

Imer Imran adalah seorang Internet Marketer, Penulis dan Blogger separuh masa yang minat untuk menulis dan ada visi untuk kongsi ilmu dengan orang lain dengan harapan supaya menjadi bekalan pahala menuju akhirat.

Click Here to Leave a Comment Below 0 comments