Khasiat Minyak Zaitun Untuk Kesihatan (dan.. Banyak Lagi)

khasiat-minyak-zaitun

Buah zaitun adalah antara buah yang mempunyai pelbagai khasiat dan kegunaan dan telah disebutkan dalam al-Quran dalam beberapa surah antaranya surah al-Tin.

Di sini akan disebutkan banyak manfaat yang ramai orang tidak tahu tentang buah zaitun.

More...

​1. Membasmi Serangan Barah

Makanan yang dimasak menggunakan minyak zaitun dengan kandungannya sebanyak 5% dapat membasmi serangan barah. Ia adalah berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Profesor Miguel Gasol.

Buah zaitun dan minyak zaitun juga dipercayai dapat mengurangkan risiko beberapa kanser termasuklah kanser payu dara dan kanser kolon.​

kanser

Imej Kredit: www.medicinenet.com

2. Mencegah Kanser Kulit

Minyak zaitun boleh disapu pada kulit untuk menghalang ianya terdedah kepada risiko sinaran ultra ungu dari matahari (UV radiation) penyebab kanser kulit.

3. Mengurangkan Risiko Sakit Jantung

Kajian epidemiologi menunjukkan risiko mendapat penyakit jantung dapat dikurangkan dan mengurangkan kadar kematian dalam masyarakat yang mengambil minyak zaitun sebagai sumber lemak utama mereka.

sakit-jantung

Imej Kredit: www.medicalnewstoday.com

Penyebab Sakit Jantung

Sakit jantung adalah disebabkan oleh Aterosklerosis (pembuluh darah tersumbat akibat kolesterol dan plak lemak), ia adalah disebabkan beberapa faktor iaitu

  • Gaya hidup yang tidak sihat.
  • Obesiti.
  • Diabetes.
  • Tekanan darah tinggi.
  • Kurang amalan bersenam.
  • Tabiat pemakanan yang buruk.
  • Merokok.

4. Mempengaruhi Jangka Hayat

Minyak zaitun dikatakan adalah faktor yang mempengaruhi jangka hayat melebihi purata Masyarakat Mediterranean yang menggunakan zaitun dan minyak zaitun dengan kuantiti yang sangat banyak dalam kehidupan seharian.

5. Mengurangkan Tekanan Darah Tinggi​​​​

Ia adalah berdasarkan kepada beberapa kajian yang telah dilakukan mengenai pengambilan minyak zaitun.

darah-tinggi

Imej Kredit: doctormurray.com

6. Merendahkan Risiko Batu Karang

Minyak zaitun mampu merendahkan pembentukan batu karang dengan mengaktifkan perembesan jus hempedu dan hormon pankreas secara lebih semula jadi berbanding ubatan preskripsi.

7. Penting Untuk Janin

Sewaktu mengandung, sekiranya wanita memakan minyak zaitun, anak yang bakal dilahirkan akan lebih baik dari segi ketinggiannya, beratnya dan refleks psikomotornya.

Minyak ini juga membantu dalam mengekalkan metabolisma dan memainkan peranan dalam perkembangan otak serta tulang kanak-kanak.

fetal_20_week_fetus_s7a

Imej Kredit: www.onhealth.com

8. Mengurangkan Proses Penuaan

Berfungsi untuk membekalkan vitamin E untuk orang tua dengan menjadi antioksidan semula jadi yang mengurangkan proses penuaan semula jadi.

Rujukan:

Imer Imran
 

Imer Imran adalah seorang Internet Marketer, Penulis dan Blogger separuh masa yang minat untuk menulis dan ada visi untuk kongsi ilmu dengan orang lain dengan harapan supaya menjadi bekalan pahala menuju akhirat.

Click Here to Leave a Comment Below 0 comments