Khasiat Kacang Badam Untuk Pemakanan & Perubatan

khasiat kacang badam

Badam atau dalam bahasa inggerisnya 'almond' banyak ditemui di negara mediterranian hingga ke utara Afrika dan selatan Eropah sehingga ke Amerika Syarikat. Badam mempunyai khasiat dan banyak digunakan sejak dahulu lagi dalam masakan seperti kuih-muih dan minuman berkhasiat.

More...

Khasiat Badam

Badam mempunyai 90% lemak tak tepu yang diperlukan oleh badan. Kandungan lemak tak tepu yang tinggi ini baik untuk membasmi kolesterol LDL di dalam badan.

Kegunaan Untuk Pemakanan

Badam banyak digunakan untuk pemakanan seperti dijadikan minyak, tepung, susu, sirap, dijadikan penyedap makanan seperti ditabur pada ais krim dan biasa ditambah di dalam makanan seperti biskut dan kek. Badam juga boleh sahaja dimakan mentah atau dipanggang.

Kegunaan Perubatan

1. Rengsa, Iritasu & Kegatalan Kulit. Badam yang telah diekstrak untuk menjadi minyak dikatakan sangat baik untuk kesihatan kulit serta dapat digunakan dan merawat rengsa, iritasu dan kegatalan kulit. Badam juga dapat mencerahkan kulit dengan cara menggosok minyaknya di permukaan kulit.

2. Osteoporosis. Badam yang kaya dengan kalsium dan magnasium sangat baik untuk pembentukan tulang yang kuat dan membantu dalam mengatasi masalah osteoporosis.

3. Obesiti. Disebabkan asid lemak tidak tepu yang terdapat di dalam badam, ia mampu membantu mengurangkan selera makan dan makan berlebihan. Ia juga baik untuk mereka yang obes atau mahu menurunkan berat badan.

4. Kanser Serviks. Badam mampu mengurangkan risiko penyakit kanser serviks serta boleh juga dimanfaatkan oleh wanita mengandung untuk mendapatkan sumber asid folik.

Badam mampu mengurangkan risiko penyakit kanser serviks serta boleh juga dimanfaatkan oleh wanita mengandung untuk mendapatkan sumber asid folik.

Click to Tweet

5. Penyakit Jantung & Darah Tinggi. Kandungan asid folik yang tinggi yang terdapat di dalam badam dipercayai dapat mengurangkan paras homocystein di dalam badan iaitu sejenis asid amino yang menyebabkan saluran darah menjadi sempit, sekali gus menguranngkan risiko penyakit jantung dan darah tinggi.

6. Serangan Jantung. Kandungan magnasium yang terdapat di dalam badam dapat membantu dalam melancarkan pengaliran darah yang membawa oksigen dan oksigen, hal ini membantu dalam megelakkan serangan jantung.

7. Mempercepat Tahap Intelektual. Zat yang terdapat di dalam badam dipercayai dapat mempercepatkan tahap intelektual dan disarankan sebagai makanan untuk kanak-kanak yang sedang membesar.

8. Barah, Diabetes & Alzheimer. Hasil dari beberapa kajian meninjukkan badam dapat mengurangkan risiko mendapat penyakit barah, diabetes, alzheimer dan beberapa penyakit kronik yang lain.

Imer Imran
 

Imer Imran adalah seorang Internet Marketer, Penulis dan Blogger separuh masa yang minat untuk menulis dan ada visi untuk kongsi ilmu dengan orang lain dengan harapan supaya menjadi bekalan pahala menuju akhirat.

Click Here to Leave a Comment Below 0 comments