Kelebihan Penyusuan Susu Ibu Kepada Ibu & Bayi

Semua tahu susu ibu lebih baik dari susu formula, tetapi mungkin terdapatnya kekangan untuk menyusukan bayi seperti susu tidak keluar, tidak sempat kerana sibuk bekerja atau bimbang payudara tidak cantik, kendur dan sebagainya, jadi ramai ibu-ibu yang tidak mampu untuk menyusukan anak.

Bagi ibu-ibu yang boleh menyusukan anak, artikel ini akan membicarakan tentang banyaknya kebaikan susu ibu berbanding susu formula.

Kelebihan Susu Ibu Kepada Bayi

  • Susu ibu mempunyai zat yang seimbang dan terpelihara daripada kuman atau hama.
  • Dari segi psikologi, aksi bayi ketika menyusu akan merapatkan rangsangan kasih sayang dan membantu membina ikatan istimewa antara ibu dan anak.
  • Susu ibu mudah dihadam kerana lembut dan cair berbanding susu haiwan yang pekat dan susah dihadam. 
  • Najis bayi yang menerima susu ibu akan menjadi asid yang menyebabkan kuman tidak dapat membiak di dalam sistem usus bayi.
  • Susu ibu mampu membasmi jangkitan kuman dan virus selain mengandungi enzim yang penting untuk perkembangan sistem penghadaman bayi.
  • Bayi berupaya menyerap kandungan zat besi daripada susu ibu berbanding susu formula.
  • Susu ibu mengandungi sekurang-kurangnya 400 jenis nutrien termasuk hormon dan bahan melawan penyakit yang tidak terdapat dalam susu formula.
  • Ia membantu melindungi bayi daripada serangan sesetengah penyakit dan jangkitan.
  • Kesemua nutrien yang diperlukan bayi terdapat dalam susu ibu antaranya protein, gula, lemak dan vitamin untuk menjadikannya sihat.
  • Disebabkan kesemua nutrien yang diperlukan oleh bayi terdapat dalam susu ibu, maka bayi yang diberikan susu ibu jarang sekali diserang penyakit atau masalah seperti jangkitan dalam telinga (otitis media), alahan, muntah, cirit-birit, pneumonia, bunyi ronkus, bronkiolitis dan meningitis.
  • Penyusuan dengan susu ibu dapat melindungi bayi daripada serangan Sindrom Kematian Bayi Mengejut (SIDS).
  • Baik untuk alam sekitar kerana tidak memerlukan botol, tin dan kotak yang perlu dibuang di dalam tong sampah.
  • Memberi manfaat kepada perkembangan minda dan imuniti jangkitan.
  • Mengurangkan risiko sembelit kronik, konik dan gangguan perut yang lain.
  • Bayi mendapat sistem imunasasi yang lebih kuat untuk melawan jangkitan, alergi, asma, kencing manis, obesiti dan penyakit-penyakit lain.
  • Bayi tidak alah kepada susu ibu.
  • Meningkatkan perkembangan sistem otak dan saraf yang menyebabkan bayi lebih cerdik.
  • Memainkan peranan penting dalam pembangunan emosi dan rohani bayi.
  • Susu ibu tersedia dengan segar bertepatan dengan suhu badan bayi.
  • Keraguan tidak timbul mengenai adanya bahan kimia.
  • Rasa susu ibu berubah mengikut apa yang dimakan oleh ibu yang dengan itu dapat memperkenalkan pelbagai rasa kepada bayi.
  • Penyusuan ibu kepada bayi memberi kesan yang lebih baik iaitu watak anak lebih lembut, emosi bayi lebih stabil, anak lebih mengasihi ibu dan adik beradiknya, anak berasa terjamin, anak kurang mendapat stress, minda lebih cerdik, berasa terjamin, yakin dan lebih berani serta fizikal anak mempunyai daya tahan yang lebih baik untuk melawan penyakit.

Susu ibu dapat meningkatkan perkembangan sistem otak dan saraf yang menyebabkan bayi lebih cerdik

Click to Tweet

Kelebihan Kepada Ibu Yang Menyusukan Anak

  • Oleh kerana penyusuan dapat membakar kalori, maka ibu yang menyusukan bayi membantu mengurangkan berat badan.
  • Dapat mengurangkan risiko mendapat kanser payudara, rahim dan ovari disebabkan oleh penyusuan dapat membantu pengecutan uterus.
  • Kos harian dapat dikurangkan untuk membeli susu formula.
Imer Imran
 

Imer Imran adalah seorang Internet Marketer, Penulis dan Blogger separuh masa yang minat untuk menulis dan ada visi untuk kongsi ilmu dengan orang lain dengan harapan supaya menjadi bekalan pahala menuju akhirat.

Click Here to Leave a Comment Below 0 comments