Doa Qunut Serta Sujud Sahwi

doa-qunut


Sunat

Sebelum membicarakan lebih lanjut mengenai doa qunut, akan dinyatakan disini secara ringkas pengertian sunat dan pembahagiannya. Sunat ialah perbuatan yang dituntut melakukannya tanpa kemestian. Walaubagaimanapun yang melakukannya diberi pahala dan yang meniggalkannya pula tidak berdosa.

Sunat Ab'ad


Perkara sunat dibahagikan kepada 3 kumpulan iaitu sunat sebelum sunat, sunat semasa solat dan sunat selepas solat. Sunat Ab’ad adalah termasuk di dalam salah satu di dalam sunat semasa solat seperti di bawah:

Sunat

Nama Sunat

Semasa Solat

1. Sunat Ab’ad

i.  Tasahhud awal

ii. Berselawat ke atas nabi selepas tasahhud awal

iii. Duduk bagi tasahhud awal

iv. Berselawat ke atas selawat nabi selepas tasahhud akhir

v. Membaca qunut

Doa Qunut

Membaca qunut adalah dilakukan semasa i'tidal dalam rakaat yang kedua ketika solat subuh dimana ianya adalah termasuk dalam sunat Ab'ad.

Walaubagaimanapun, para imam dan ulama mazhab berbeza pendapat megenai perlaksanaannya. Penjelasan mengenai doa qunut dan sujud sahwi ini adalah merujuk kepada mazhab Syafie.

Definisi

Makna qunut, dari segi istilah hadis adalah berdiri. Maksudnya adalah panjangnya berdiri di dalam solat. Selain itu, makna qunut adalah minta & puji. Jika salah satunya tiada maka bukanlah dinamakan qunut.

Dalil Mengenainya

Imam Al-Shafie rahimahullah menerusi kitabnya iaitu Al-Fiqh Al-Manhaji, iaitu kitab fekah mazhab Syafie, jilid yang pertama mengenai sunat-sunat dalam solat dalam membicarakan soal qunut menyatakan bahawa hukum membaca qunut adalah sunat Ab'adh yang mana jika tertinggal perlu diganti dengan sujud sahwi pada akhir solat.

Menurut mazhab Syafie, hukum membaca qunut adalah sunat Ab'ad yang mana jika tertinggal perlu diganti dengan sujud sahwi pada akhir solat.

Click to Tweet

Berdasarkan hadith dari Anas RA, dia telah ditanya:

dalil-qunut

Maksudnya: "Adakah Nabi SAW membaca qunut ketika solat subuh? Dia menjawab: Ya. Lalu ditanya lagi: Adakah Baginda membacanya sebelum ruku'? Dia menjawab: Tidak berapa lama selepas ruku'."

Riwayat al-Bukhari (956) dan Muslim (677)

Sunat qunut dengan memuji Allah dan berdoa dengan sebarang lafaz yang diigini, tetapi yang lebih baik adalah membaca doa qunut yang datang dari Rasullullah SAW seperti teks bacaan di bawah.

Berdasarkan hadith di bawah daripada al-Hassan bin Ali R.Anhuma, katanya Rasullullah SAW mengajarku beberapa doa yang aku membacanya semasa solat Witir seperti di bawah.

Teks Bacaan Berserta Terjemahan

doa-qunut

Maksudnya: "Ya Allah! Kurniakanlah diriku petunjuk di kalangan mereka yang mendapat petunjuk-Mu, sihatkan dan selamatkan diriku di kalangan mereka yang Engkau berikan kesihatan dan keselamatan. Tolonglah daku di kalangan mereka yang mendapat pertolongan-Mu. Berkatilah nikmat yang engkau kurniakan kepadaku. Peliharalah diriku daripada segala keburukan yang engkau tentukan. Sesungguhnya Engkaulah penentu dan tiada sesiapa penentu yang berkuasa ke atas-Mu. Sesungguhnya tidak akan hina orang yang engkau muliakan dan tidak akan mulia orang yang Engkau musuhi. Wahai tuhan kami, Engkaulah yang Maha Suci dan yang maha Tinggi."

Riwayat Abu Daud (1425) dan al-Tirmizi (464)

Sunat Ditambah Selawat Selepas Doa Qunut

Para ulama' mengatakan sunat ditambah dalam doa qunut untuk berselawat ke atas Nabi SAW selepas doa dan zikir berdasarkan beberapa hadith sahih tentangnya.

dalil-qunut-selawat

Maksudnya: "Bagi-Mu segala pujian atas apa-apa yang engkau tentukan. Kami memohon keampunan-Mu ya Allah ya Tuhan kami dan kepada-Mu kami bertaubat. Allah mengurniakan rahmat dan kesejahteraan kepada penghulu kami Nabi Muhammad yang ummi (buta huruf) dan kepada seluruh keluarga dan para sahabat."

Mughni al-Muhtaj (1/166-167)

Sunat bagi imam membaca doa qunut di atas dengan lafaz jama' (ramai), sunat juga mengangkat kedua-dua belah tangan ketika membaca doa qunut dengan menadah kedua-dua tapak tangan.

Sujud Sahwi

sujud-sahwi-flickr

Foto Kredit: flickr/zafry halim

Definisi

Dari segi bahasa, sahwi bermaksud lupa atau lalai akan sesuatu, manakala yang dimaksudkan dengan sahwi di sini adalah kecacatan solat yang dilakukan seseorang ketika bersolat samada disengajakan atau terlupa. Sujud sahwi yang dilakukan akan menjadi penutup kepada kecacatan tersebut.

Sebab dan Hukum Sujud Sahwi

Sebelum membicarakan tentang cara sujud sahwi, marilah terlebih dahulu memahami bahwa sebab sujud sahwi adalah meninggalkan salah satu daripada sunat Ab'adh seperti qunut.

Hukum sujud sahwi adalah sunat dan tidak membatalkan solat apabila tidak melakukannya.

​Hukum sujud sahwi adalah sunat dan tidak membatalkan solat apabila tidak melakukannya.

Click to Tweet

Dalil Mengenainya

Hal ini berdasarkan hadith, daripada Abdullah bin Buhainah RA, katanya:

dalil-sujud-sahwi

Maksudnya: "Rasullullah SAW bersolat hanya dua rakaat daripada sebahagian solat bersama-sama kami. Dalam riwayat yang lain pula menyatakan bahawa Baginda melakukan dua rakaat daripada solat Zuhur, kemudian terus bangun dan tidak duduk, lalu orang orang ramai pun turut bangun bersama-sama Baginda. Tatkala Baginda mengakhiri solat dan kami menanti-nantikan salamnya. Baginda bertakbir sebelum salam, lalu sujud sebanyak dua kali ketika Baginda masih duduk. Kemudian barulah baginda mengucap salam."

Riwayat al-Bukhari (1166) dan Muslim (570)

Hadith yang lain pula, daripada Mughirah bin Syu'bah katanya, Rasulullah SAW bersabda:

dalil-sujud-sahwi-kedua

Maksudnya: "Apabila seseorang di kalangan kamu terus bangun dari dua rakaat dan belum sempurna berdiri lagi dia hendaklah duduk semula, dan apabila telah sempurna berdiri janganlah duduk lagi tetapi hendaklah sujud sahwi dua kali."

Riwayat Ibn Majah (1208) Abu Daud (1036) dan selainnya.

Cara Sujud Sahwi Yang Lengkap

​Selain rujukan video di YouTube seperti dibawah oleh Ustaz Don Daniyal, pembaca boleh melawati laman web ini tentang cara sujud sahwi yang lengkap untuk kefahaman yang lebih baik.

Kuliah di YouTube

Terdapat banyak kuliah di YouTube mengenai doa qunut dan sujud sahwi yang dapat menambahkan kefahaman pembaca tentang ibadah tersebut. Antara video yang disyorkan adalah seperti di bawah:

Nota Kuliah Berkaitan Sunat Ab'adh, Doa Qunut & Sujud Sahwi: Track 2:18 - 9:24

  • check
    Merujuk kitab karangan Syeikh Daud Fathani, sunat ab'adh ada 8 kerana ia dipecahkan kepada beberapa perkara yang lebih kecil , tetapi di Malaysia, sunat ab'adh yang masyhur ada 2 iaitu tahyat awal dan qunut.  
  • check
    Semua solat fardhu ada sunat ab'adh iaitu tahyat awal kecuali solat subuh dan qunut untuk solat subuh sahaja.
  • check
    Ab'adh datang daripada perkataan bakdun iaitu setengah, bermaksud ia setengah wajib dan menghampiri wajib, jika boleh jangan meninggalkannya.

Nota Kuliah Berkaitan Sunat Ab'adh, Doa Qunut & Sujud Sahwi: Track 0:01 - 9:05

  • check
    Pesanan untuk para imam supaya berhenti sebentar selepas bangun untuk rakaat kedua solat subuh. Tujuannya adalah untuk memberi isyarat kepada makmum bahawa akan adanya doa qunut selepas itu kerana imam berdiri lama.
  • check
    Makna qunut, dari segi istilah hadis adalah berdiri. Maksudnya adalah panjangnya berdiri di dalam solat. Selain itu, makna qunut adalah minta & puji. Jika salah satunya tiada maka bukanlah dinamakan qunut.
  • check
    Sebab makmum membaca beramai-ramai adalah kerana apabila imam minta bagi pihak semua, maka makmum puji Allah beramai-ramai.

Nota Kuliah Berkaitan Sunat Ab'adh, Doa Qunut & Sujud Sahwi: Track 0:01 - 8:48

  • check
    Jika makmum tersalah untuk sujud tetapi masih belum separuh sujud, makmum tersebut bolehlah berdiri semula, tetapi jika dia hampir setengah sujud, turunlah terus dan duduk antara dua sujud (sunat kerana hendak bersedia untuk sujud sahwi). 
  • check
    Duduk dalam keadaan tersebut dan tunggu imam sehingga ia memberi salam. Setelah imam memberi salam kedua, hendaklah ia melakukan sujud sahwi.
  • check
    Selepas selesai sujud sahwi, tidak perlu baca tahyat akhir, terus beri salam.

Kesimpulan

Perkara

Definisi

Hukum

Sebab

Cara & Waktu

Doa Qunut

Makna qunut, dari segi istilah hadis adalah berdiri. Maksudnya adalah panjangnya berdiri di dalam solat. Selain itu, makna qunut adalah minta & puji. Jika salah satunya tiada maka bukanlah dinamakan qunut.

Sunat Ab’ad

Rujuk dalil di atas mengenai perlaksanaannya

Membaca doa qunut yang datang dari Rasullulah SAW dan ia dilakukan semasa i'tidal dalam rakaat yang kedua ketika solat subuh.

Sujud Sahwi

Lupa atau lalai akan sesuatu, manakala yang dimaksudkan dengan sahwi di sini adalah kecacatan solat yang dilakukan seseorang ketika bersolat samada disengajakan atau terlupa. Sujud sahwi yang dilakukan akan menjadi penutup kepada kecacatan tersebut.

Sunat

Meninggalkan salah satu sunat Ab’ad antaranya adalah Doa Qunut

Sujud sebanyak dua kali sebagaimana sujud-sujud solat dengan niat sujud sahwi. Ianya dilakukan pada akhir solat sebelum salam.

RUJUKAN: Kitab fekah Mazhab Syafie iaitu Kitab Al-Fiqh Al-Manhaji (Jilid 1) karangan Imam As-Syafie, terbitan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

Imer Imran
 

Imer Imran adalah seorang Internet Marketer, Penulis dan Blogger separuh masa yang minat untuk menulis dan ada visi untuk kongsi ilmu dengan orang lain dengan harapan supaya menjadi bekalan pahala menuju akhirat.

Click Here to Leave a Comment Below 0 comments