Doa Berbuka Puasa

buka-puasa


Doa merupakan salah satu ibadah yang mana seseorang hamba mampu mendapatkan rahmat Allah melauinya. Namun, jika doa itu adalah berdasarkan hadis, sudah tentu kesannya lebih kuat.

More...

Oleh itu, baca dan amalkanlah doa berbuka puasa di bawah kerana ianya merujuk dari hadis-hadis yang sahih.

doa-berbuka-puasa

Maksudnya: "Telah hilang dahaga, dan urat-urat telah basah serta pahala diperolehi, insya-Allah"

Riwayat Abu Daud no. 2357

Dalil Daripada Hadis-Hadis Sahih

Daripada Abdullah bin 'Amr bin al-Ashr, dia berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda:

"Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa ketika berbuka mempunyai doa yang tidak ditolak oleh Allah."

Riwayat Ibn Majah no. 1753

Ibn Abi Mulaikah berkata: " Aku mendengar Abdullah bin 'Amr ketika berbuka membaca, 'Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu dengan rahmat-Mu yang meliputi segela sesuatu supaya memberi keampunan ke atasku."

Riwayat Ibn Majah no. 3845

Kuliah di Youtube

DATO DR. ABD. BASSIT ABD. RAHMAN

Nota Kuliah Doa Berbuka Puasa - Track 1:26-4:04

  • Doa berbuka puasa tersebut dibaca KETIKA berbuka samada puasa sunat atau fardhu.
  • Doa yang biasa dibaca (Allahumma laka sumtu) tidak termasuk di dalam kitab Perisai Muslim kerana hadisnya tidak sampai kepada darjat yang dikehendaki.

Rujukan:

Imer Imran
 

Imer Imran adalah seorang Internet Marketer, Penulis dan Blogger separuh masa yang minat untuk menulis dan ada visi untuk kongsi ilmu dengan orang lain dengan harapan supaya menjadi bekalan pahala menuju akhirat.

Click Here to Leave a Comment Below 0 comments