Akikah Bayi Lelaki dan Perempuan Menurut Islam (Panduan Lengkap)

akikah

Pengertian Akikah

Dari segi bahasa, akikah bermaksud potongan yang merujuk kepada rambut di kepala bayi yang dipotong selepas dilahirkan.

Dari sudut syarak pula, sembelihan binatang yang dilakukan semasa mencukur rambut tersebut.

Dalil Pensyariatan Akikah

Hadis Sahih Bukhari Jilid 4. Hadis Nombor 1637.
Dari Salman bin 'Amir al-Dhabbi r.a., katanya: Saya mendengar Rasulullah saw. bersabda: Anak itu dengan 'aqiqah. Kerana itu adakanlah sembelihan untuknya, dan bersihkanlah ia dari segala kotoran."

Hukum Akikah

Sunat muakkad menurut mazhab syafi'i bersandarkan perbuatan nabi dan para sahabat.

Waktu Melakukan Akikah

Dilakukan setelah seluruh bayi dilahirkan dengan keseluruhan tubuhnya keluar dari perut ibunya walaupun dia meninggal dunia selepas itu.

Untuk janin yang gugur, sekiranya berusia 4 bulan dan keatas maka sunat untuk ibu bapa melakukan akikah kerana rohnya telah ditiupkan ke dalam jasad. Apabila tidak mencapai usia 4 bulan, akikah tidak sunat dilaksanakan.

Hari ketujuh kelahiran adalah sunat untuk melakukan akikah dengan mengira hari kelahiran dalam perkiraan harinya.

Waktu yang paling utama melakukan akikah adalah ketika terbit matahari, tetapi boleh juga dilakukan sehingga waktu gelincir matahari.

Akikah adalah ibadah yang disunatkan untuk ibu bapa yang berkemampuan, jika tidak mampu dilaksanakan pada hari ketujuh, akikah boleh dilanjutkan sehingga sebelum anak tersebut mencapai usia baligh. Tuntutan akikah akan jatuh daripada ibu bapa setelah anak tersebut mencapai usia baligh dan dia boleh melakukan akikah untuk dirinya sendiri.

Binatang Akikah

Akikah terlaksana dengan seekor kambing untuk anak lelaki dan perempuan, boleh juga digantikan dengan unta atau lembu, bahkan melebihi kadar sunnah dan lebih baik.

Akikah perlu dilaksanakan bagi setiap seorang anak. Contohnya, ibu bapa yang dikurniakan dengan anak kembar perlu mengasingkan akikah bagi setiap seorang anak, tidak boleh dikongsi oleh dua orang anak pada seekor binatang.

Tetapi jika binatang aqiqah adalah unta atau lembu, bahagiannya boleh dibahagikan dengan dua bahagian untuk anak lelaki dan satu bahagian untuk anak perempuan.

Hikmah Akikah

  • Menyatakan perasaan gembira dan bersyukur atas kurniaan anak yang diberikan oleh Allah s.w.t.
  • Menyampaikan berita kepada orang lain tentang kelahiran anak.
  • Dapat mengadakan jamuan makan binatang akikah yang akan menggembirakan hati orang lain.
  • Berharap agar anak tersebut dapat mengabdikan diri dengan perlaksanaan akikah yang dibuat. 
  • Melepaskan halangan memberikan syafaat kepada ibu bapa mereka kelad di hari kiamat.
  • Melindungi daripada gangguan syaitan.

Syarat-syarat Binatang Akikah

Binatang akikah samada jantan atau betina mestilah dalam keadaan selamat daripada aib pada anggota badan yang menyebabkan kurangnya daging binatang tersebut.

Umur bagi kambing mestilah berumur 1 tahun atau barisan gigi hadapan telah kelihatan. Untuk lembu, perlulah berumur 2 tahun dan ke atas manakala umur untuk unta adalah lebih dari 5 tahun.

Buku Berkaitan Akikah

indahnya-hidup-bersyariat

Indahnya Hidup Bersyariat

tarbiyatul_aulad-fil-islam

Tarbiyatul Aulad Fil Islam

merungkai-persoalan-korban-dan-akikah

Korban Dan Akikah

Ibadah mukmin

Ibadah Mukmin (Sembelihan)

sabil-almuhtadim

Sabil al-Muhtadin

tahniah-anda-hamil

Tahniah, Anda Hamil!

Kuliah di YouTube

1. USTAZ DATO' HJ. ISMAIL KAMUS

Nota Kuliah Berkaitan Akikah - Track 0:01 - 12:19

  • Pada hari ketujuh bayi dilahirkan, sunat dilakukan tiga perkara iaitu 1. akikah, jika anak lelaki dua ekor kambing manakala anak perempuan seekor kambing. Kemudian hendaklah  2. mencukur rambut dan 3. memberi nama kepada anak itu,
  • Berilah nama yang baik kepada anak itu kerana di padang masyar nanti ia akan dipanggil dengan namanya.
  • Jika anda mempunyai anak yang ramai (lebih dari tiga orang), lebih baik jika salah satunya diberikan nama Muhammad (___), atau Abdul samada Abdullah atau Abdul Rahman dsb. 
  • Sebab anak lelaki diakikahkan dengan dua ekor kambing adalah kerana tanggungjawabnya berat, lebih berat daripada perempuan.
  • Daging yang dimasak sunat dimaniskan sedikit dengan tujuan supaya manis akhlas anak itu. Daging masakan tersebut sunat dihantar ke rumah orang lain.Tulang binatang akikah tersebut jangan dipatahkan, hanya diputuskan sendi sahaja supaya jangan cepat reput tulang anak tersebut.
  • Kemudian, sunat dicukur/ dibotakkan licin kepala anak itu dengan tujuan supaya mencerahkan mata anak tersebut. Makruh ditinggalkan rambut anak itu separuh.
  • Sunat juga ditimbang rambut yang telah dicukur itu dan mensedekahkan emas setimbang dengan rambut tadi

2. Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al Hamid

Nota Kuliah Berkaitan Akikah - Track 0:01 - 27:55

  • Dalam kitab Tarbiyatul Aulad, akikah bermaksud menyembelih kambing (sebagai tanda syukur kepada Allah s.w.t.) untuk bayi yang baru dilahirkan pada hari ke tujuh dikira bermula pada hari bayi itu dilahirkan. 
  • Hukum melakukan akikah dalam mazhab Imam As-Syafie rahimahullah dan Imam Malik rahimahullah dan juga ramai daripada jumhur ahli sunnah wal jamaah adalah sunat kepada penjaganya.
  • Sunat melakukan akikah kepada anak adalah sehingga anak itu baligh, setelah itu tanggungjawab akikah akan berpindah kepada anak tersebut apabila ia telah mampu.

3. Dr. Abdul Basit Abdul Rahman

Nota Kuliah Berkaitan Akikah - Track 0:01 - 16:37

  • Rujukan Shahih Bukhari (Bab Akikah), akikah adalah menyembelih kambing kerana kelahiran anak pada hari ke tujuh (afdal) anak itu dilahirkan.

Hadis Sahih Bukhari. Hadis Nombor 1911.

Daripada Abu Musa RA, katanya:

وُلِدَ لِي غُلاَمٌ، فَأَتَيْتُ بِهِ النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم فَسَمَّاهُ إِبْرَاهِيمَ، فَحَنَّكَهُ بِتَمْرَةٍ، وَدَعَا لَهُ بِالْبَرَكَةِ، وَدَفَعَهُ إِلَىَّ، وَكَانَ أَكْبَرَ وَلَدِ أَبِي مُوسَى‏

Maksudnya: “Aku dikurniakan seorang anak lelaki membawanya menemui Rasulullah SAW. Baginda pun menamakannya Ibrahim dan mentahniknya dengan tamar dan mendoakannya dengan barakah lalu memulangkannya kepadaku. Adalah dia anak lelaki yang paling tua Abi Musa

  • Tahnik adalah mengambil tamar, dimakan, dimamah, kemudian diambil tamar yang telah hancur itu dimasukkan di dalam mulut bayi.
  • Pendapat ustaz mengenai memamah tamar dan dimasukkan ke dalam mulut bayi harus dilihat samada dia layak atau tidak.
  • Nasihat ustaz (dari peranan ibu bapa) untuk memilih orang yang tidak merokok, sentiasa berzikir dan  tidak mengumpat orang lain, maka wajarlah ibu bapa menyerahkan anak itu untuk ditahnikkan.  
  • Nasihat ustaz (dari peranan pendakwah, imam, ustaz) supaya menilai diri sendiri samada layak atau tidak memamah tamar dan dimasukkan ke dalam mulut bayi, jika layak teruskanlah, jika tidak memadailah dengan mengambil tamar dengan ibu jari, membaca bismillah, dimasukkan ke mulut bayi dan berdoa.

Hadis Sahih Bukhari. Hadis Nombor 1912.


Dari Asma binti Abi Bakar Ash-Shiddiq r.a.h, katanya: Ketika ia sedang mengandung Abdullah bin Az-Zubair di Makkah, ia berkata, “Aku keluar dalam keadaan hamil menuju kota Madinah. Dalam perjalanan aku singggah di Quba dan di sana aku melahirkan. Kemudian aku mendatangi Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam dan meletakkan anakku di pangkuan beliau. Beliau meminta kurma lalu mengunyahnya dan meludahkannya ke mulut bayi itu, maka yang pertama kali masuk ke kerongkongannya adalah ludah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam. Setelah itu beliau mentahniknya dengan kurma dan mendo’akan barakah baginya. Lalu Allah memberikan barakah kepadanya (bayi tersebut).

Hadis Sahih Bukhari. Hadis Nombor 1913.

Dari Salman bin 'Amir al-Dhabbi r.a., katanya: Saya mendengar Rasulullah saw. bersabda: Anak itu dengan 'aqiqah. Kerana itu adakanlah sembelihan untuknya, dan bersihkanlah ia dari segala kotoran."

  • Hari yang ketujuh hendaklah sembelih akikah, namakan anak dan cukur kepala. Jika lelaki terus khitan pada hari tersebut.
  • Anak lelaki sembelih 2 ekor kambing dan anak perempuan 1 ekor. 
  • Cadangan ustaz supaya terus menabung untuk akikah (2 ekor kambing) apabila isteri telah disahkan menabung. Memilih nama yang baik untuk anak. 

Nota Kuliah Berkaitan Akikah - Track 0:01 - 16:37 (Rujukan Al-Fiqh Al-Manhaji (Jilid 3, Bab 8, Akikah)

  • Akikah dari sudut bahasa bermaksud potong/ kerat/ cukur (rambut yang berada di atas kepala bayi sewaktu dilahirkan). Manakala menurut syarak, haiwan yang disembelih untuk bayi sewaktu mencukur rambutnya.
  • Hukum akikah adalah sunat muakkad (sunat yang sangat dituntut pada syarak). Wali (bapa/penjaga) dituntut untk melakukannya. 
  • Merujuk kepada Hadis Sahih Bukhari Jilid 4. Hadis Nombor 1637. Rujukan: http://sigir.uitm.edu.my/webhadis
  • Ulama tidak menyatakan akikah itu wajib kerana ia merupakan penumpahan darah tanpa sebab kesalahan, juga bukan kerana nazar. Maka ia tidak wajib sebagaimana korban, ia tidak wajib tetapi dituntut.
  • Bermula waktu diharuskan menyembelih akikah dengan keluar semua tubuh bayi dari perut ibunya. Waktu sunat berterusan sehingga anak itu baligh. Setelah baligh, bapanya tidak lagi dituntut melakukannya, ia berpindah kepada anak itu sendiri. Waktu afdal adalah pada hari ketujuh dikira dari bayi itu dilahirkan. 
  • Kambing akikah adalah hak bayi. 

Hadis Sunan An-Nasai Jilid 4. Hadis Nombor 4069.
Dari Hasan dari Samurah ibnu Jundub, dari Rasulullah saw beliau bersabda: "Setiap anak itu tergadai, dan tebusannya adalah aqiqah untuknya yang disembelih pada hari ketujuh dari kelahirannya, pada hari itu juga hendaklah dicukur rambutnya, dan diberi nama."

  • Pada hari ketujuh perlu dibuat adalah beri nama, cukur kepalanya & sembelih binatang akikah.
  • Anak itu tergadai oleh akikah bermaksud pembesarannya dalam keadaan baik dan penjagaanya sempurna tergantung pada sembelihan untuknya. Carilah seekor kambing yang sihat, gemuk, 
  • Pendapat lain mengatakan jika anak itu diakikahkan, dia tidak dapat memberikan syafaat kepada kedua ibu bapa/ penjaganya. 
  • Hikmah disyariatkan akikah adalah 1. melambangkan kegembiraan kepada Allah s.w.t. yang mengurniakan anak kepada kedua ibu bapa. 2. Memudahkan pengistiharan berita anak yang baru dilahirkan dan mengelakkan fitnah 3. Menyebarkan sifat pemurah dan baik hati serta mengelakkan sifat bakhil. 4. Merapatkan silaturrahim dengan cara menghimpun mereka untuk makan, dengan itu kasih sayang dan persaudaraan akan terjalin.
  • Sunnah nabi s.a.w, paling kurang seekor kambing bagi anak lelaki dan perempuan berdasarkan hadis berikut. 

Hadis Sunan At-Termizi Jilid 3. Hadis Nombor 1556.
Muhammads bin Yahya Al-Qathi menceritakan kepada kami, 'Abdul Aala menceritakan kepada kami dari Muhammad bin Ishaq dari 'Abdullah bin Abu Bakr dari Muhammad bin 'Ali bin AI-Husain dari 'Ali bin Abu Thalib dimana ia berkata: "Rasulullah saw ber'aqiqah satu ekor kambing untuk Al-Hasan, dan bersabda: "Wahai Fathimah, cukurlah kepalanya, dan bersedekahlah perak seberat timbangan rambutnya", kemudian Fathimah menimbang rambutnya maka beratnya adalah satu dirham atau sebahagian dirham." Hadis ini adalah hadis hasan gharib, dan sanadnya tidak muttashil(menyambung), kerana Abu Jaafar Muhammad bin 'Ali tidak pernah berjumpa dengan 'Ali bin Abu Thalib.

  • Tetapi yang lebih afdal adalah wali menyembelih 2 ekor kambing untuk anak lelaki dan 1 ekor kambing untuk anak perempuan berdasarkan hadis berikut. 

Hadis Sunan At-Termizi Jilid 3. Hadis Nombor 1549.
Yahya bin Khalaf menceritakan kepada kami, Bisyr bin -AIMufadttdhal menceritakan kepada kami, 'Abdullah bin 'Utsman bin Khutsaim menceritakan kepada kami dari Yusuf bin Mahak "bahawasanya mereka masuk ke rumah Hafshah binti 'Abdur Rahman kemudian mereka menanyakan kepadanya tentang 'aqiqah, maka ia memberitahukan kepada mereka bahawa 'Aisyah memberitahukan kepadanya bahawa Rasulullah saw memerintahkan kepada mereka (bahawa) untuk anak laki-laki itu dua ekor kambing yang mencukupi (persyaratan sahnya 'aqiqah), dan untuk anak perempuan itu seekor kambing. "Di dalam bab ini terdapat hadis dari 'Ali, Ummu Kurz, Buraidah, Samurah, Abu Hurairah, 'Abdullah bin 'Amr, Anas, Salman bin 'Amir dan Ibnu 'Abbas. hadis 'Aisyah itu adalah hadis hasan sahih. Hafshah yang dimaksud itu adalah puteri 'Abdur Rahman bin Abu Bakr Ash-Shiddiq.

  • Boleh berakikah dengan sebahagian lembu tetapi menyalahi afdal. Banyaknya akikah mengikut bilangan anak, contohnya 4 anak kembar lelaki bermaksud 4 x 2 ekor (afdal) kambing, bersamaan 8 ekor kambing untuk dibuat akikah.  
  • Jika mampu, berakikahlah dengan 2 ekor kambing, jika tidak mampu memadailah dengan seekor kambing sahaja.
  • Syarat akikah untuk binatang akikah adalah sama dengan qurban iaitu cacat yang jelas, berpenyakit yang jelas, tempang dan tulang yang tiada sum-sum.
  • Daging akikah sunat dimasak (afdal), tidak disedekahkan dalam keadaan mentah, sunat dimasak dengan benda manis (ia tiada dalam hadis, anjuran ulama) dengan harapan akhlak anak itu manis. Afdal menghantar daging akikah yang dimasak manis kepada fakir miskin. Sunat sebahagiannya dimakan sendiri dan dihadiahkan kepda jiran-jiran dan masyarakat.
  • Sunat supaya tulang tidak dipatahkan, hanya dipotong di bahagian sendi-sendi sahaja (ini juga tiada dalam riwayat, anjuran ulama). 
  • Disunatkan dihadiahkan kaki binatang akikah kepada bidan dalam keadaan mentah 
  • Imam Nawawi dalam kitabnya Al-Majmuk menyatakan daging akikah boleh diberi makan kepada kafir zimmi yang datang ke rumah semasa majlis akikah. Tidak perlu untuk menghantar daging akikah ke rumah mereka kerana telah keluar dari klilaf ulama.
  • List Element

Soalan Lazim Mengenai Akikah

1. Hukum melaksanakan ibadah akikah

2. Beza ibadah korban dan akikah

3. Akikah anak lelaki dengan seekor kambing sahaja

4. Akikah untuk anak yang telah dewasa

5. Hukum beri makan daging akikah kepada non muslim

6. Manggabungkan korban & akikah atas seekor lembu - 5 bahagian (korban), 2 bahagian akikah

7. Niat akikah

8. Wajibkah akikah anak lelaki dengan dua ekor kambing

9.  Tulang akikah bolehkah dipatahkan

10. Daging akikah wajibkah dimasak manis

Soal Jawab Agama Berkaitan Akikah

Adakah mendapat pahala apabila menangguhkan mencukur rambut anak yang baru dilahirkan pada hari ke tujuh disebabkan ubun-ubun anak ketika itu masih lagi lembut?

Mendapat pahala, tetapi sebaiknya dilakukan pada hari itu juga. Tidak mengapa jika ditangguhkan cukur rambut anak pada hari ke tujuh disebabkan bimbang luka kepala anak kerana ubun-ubun masih lembut. Jawapan oleh Ustaz Azhar Idrus

1. Untuk anak yang mati dalam kandungan atau mati selepas dilahirkan adakah sunat diakikahkan ataupun tidak?

2. Adakah nama anak perlu disebut oleh tukang sembelih binatang akikah?

3. Anak yang telah baligh dan sudahpun bekerja, adakah dia perlu memakai duitnya sendiri untuk akikah dirinya atau bapanya?

4. Adakah benar anak yang tidak diakikahkan tidak dapat menolong ibu bapanya di akhirat?

1. Anak yang telah dilahirkan (walaupun kemudian mati) sahaja sunat diakikahkan. Yang mati dalam kandungan, setengah ulama berpendapat tidak sunat diakikahkan (pendapat yang mashur), ada juga pendapat ulama fekah boleh diakikahkan.

2. Sunat disebut.

3. Dibolehkan bapa anak itu untuk menggunakan duitnya untuk akikah anak.

4. Tidak benar.

Jawapan oleh Ustaz Azhar Idrus

1. Apakah hukum akikah? Siapa yang sunat melakukan akikah?

2. Bagaimana untuk menguruskan daging akikah?

3. Mana yang lebih afdal, jemput datang makan atau dihantar kepada orang?

1. Sunat, melainkan dihukumkan wajib jika bernazar. Akikah hanya boleh dilakukan hanya sekali dengan lahirnya satu nyawa. Penjaga sunat melakukan akikah untuk anaknya. Apabila anak itu telah baligh, maka tidak sunat dilakukan akikah oleh penjaga, tetapi oleh diri sendiri sendiri. 

2. Daging akikah boleh diberikan secara mentah atau dimasak. Tetapi yang lebih afdal adalah dimasak. 

3. Dihantar kepada orang lain adalah yang lebih afdal.

Jawapan oleh Ustaz Azhar Idrus

1. Berapa bahagian lembu untuk akikah anak lelaki? 

2. Bolehkah akikah dibuat berasingan seperti tahun ini dibuat satu bahagian dan tahun depan dibuat lagi satu bahagian?

1. Dua bahagian lembu untuk anak lelaki. Hukum asal untuk akikah anak lelaki sah dibuat dengan seekor kambing tetapi jika berkemampuan afdal dibuat dengan dua ekor kambing kerana nabi s.a.w mengakikahkan puteranya dengan dua ekor kambing.

2. Tidak boleh jika anak yang sama.

Jawapan oleh Ustaz Azhar Idrus

Bolehkah membeli daging lembu untuk akikah tanpa menyembelihnya? 

Jumhur ulama mengatakan tidak sah kerana makna akikah adalah menyembelih binatang korban sebagai tanda syukur kerana dikurniakan anak. Penjaga perlu menyembelih binantang tersebut atau wakilkan orang lain untuk menyembelihnya. Jawapan oleh Ustaz Azhar Idrus

Apa hukum buang tulang binatang akikah?

Tidak haram dibuang di dalam tong sampah. Hukumnya sunat tulang tersebut ditanam (afdal). Jawapan oleh Ustaz Azhar Idrus

Benarkah tulang binatang tidak boleh dipatahkan dan dagingnya dimasak manis?

Keduanya tiada nas, hanya anjuran ulama. Jika hendak ikut, silakan. Dengan harapan supaya anak itu sihat dan manis akhlak tutur katanya apabila dewasa. Jawapan oleh Ustaz Azhar Idrus

Bolehkah binatang akikah dibuat selain lembu dan kambing seperti kancil dan rusa?

Tidak boleh. Binatang akikah adalah binatang korban (Unta, lembu, kerbau, kambing dan biri-biri sahaja. Atau binatang kacuk yang keduanya binatang akikah) Jawapan oleh Ustaz Azhar Idrus

Adakah sah akikah yang dilakukan dengan ayam?

Tidak sah tetapi menjadi sedekah, tetap mendapat pahala. Jawapan oleh Ustaz Azhar Idrus

Bolehkah daging akikah diberikan kepada jiran (orang bukan islam)?

Ulama mengkiaskan daging akikah dengan daging korban iaitu tidak diberikan kepada orang kafir. Ustaz cadangkan supaya beri daging yang lain selain daging akikah. Jawapan oleh Ustaz Azhar Idrus

Apakah hukum melakukan akikah untuk anak luar nikah?

Bolehkan akikah anak sedangkan dia sendiri belum melakukan akikah?

Boleh. Cuma lebih afdal supaya akikahkan diri sendiri dahulu barulah akikah untuk orang lain.   Jawapan oleh Ustaz Azhar Idrus

Adakah ibu bapa boleh makan daging akikah untuk anaknya?

Bolehkah seekor lembu dibuat untuk korban dan akikah, contohnya 5 bahagian untuk korban dan 2 bahagian untuk akikah, bagaimana niat ketika sembelih dan bagaimana pembahagian daging itu?

Hukumnya harus seperti difatwakan oleh ramai ulama antaranya adalah bekas mufti negeri Johor iaitu al-marhum Saiyid Alwi bin Thahir al-Haddad. Tukang sembelih yang telah diwakilkan boleh berniat seperti berikut 'aku niat menyembelih binatang korban dan akikah sekaligus'. Ataupun tidak perlu berniat, juga sah. Jawapan oleh Ustaz Azhar Idrus

Apakah perbezaan antara korban dan akikah dari segi berapa banyak daging yang boleh dimakan oleh tuan korban dan akikah?

Daging korban nabi ambil sedikit sahaja sekadar makan seisi rumah, yang selebihnya disedekahkan. Lebih banyak disedekahkan, lebih afdal pahala korban. Begitu juga dengan akikah., lebih banyak disedekahka, lebih afdal. Jawapan oleh Ustaz Azhar Idrus

Bolehkah sembelihan lembu untuk 5 bahagian korban dan 2 bahagian akikah?

Boleh, menurut mazhab syafie. Jawapan oleh Ustaz Azhar Idrus

Bagaimana niat akikah?

Boleh berniat seperti ini 'Inilah akikah anakku si (nama) kerana Allah'. Jawapan oleh Ustaz Azhar Idrus

Fatwa Berkaitan Akikah

1. Pejabat Mufli Wilayah Persekutuan

Sekiranya saya ingin melakukan aqiqah buat bayi lelaki, adakah cukup hanya dengan seekor kambing?

if128

Jawapannya adalah memadai dan dibolehkan.

Ini adalah pendapat di dalam mazhab al-Syafi’e sepertimana dinukilkan oleh al-Imam al-Syirazi di dalam kitabnya al-Muhazzab dan begitu juga disebutkan oleh al-Imam al-Nawawi di dalam kitabnya al-Majmu’.

Ini berdasarkan sebuah hadith daripada Ibn Abbas R.Anhuma:

أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم عَقَّ عَنِ الْحَسَنِ وَالْحُسَيْنِ كَبْشًا كَبْشًا

Maksudnya: “Rasulullah SAW mengakikahkan al-Hasan dan al-Husain seekor kibasy yang serupa dan sepadan bagi setiap seorang”.

Riwayat Abu Daud (2841)

Rujuk sini untuk IRSYAD AL-FATWA KE-128

Saya ingin melakukan ibadah aqiqah. Sekiranya saya tidak mahu menyembelih kambing, lalu digantikan dengan bahagian lembu atau unta, adakah dibolehkan? 

if184

Di dalam mazhab al-Syafi`e, dibolehkan untuk menggantikan kambing dengan lembu ataupun unta. Ini seperti mana yang disebutkan oleh al-Imam al-Nawawi Rahimahullah di dalam kitabnya al-Majmu`:

مَذْهَبُنَا جَوَازُ الْعَقِيقَةِ بِمَا تَجُوزُ بِهِ الْأُضْحِيَّةُ مِنْ الابل والبقر والغنم وبه قال أنس ابن مَالِكٍ وَمَالِكُ بْنُ أَنَسٍ وَحَكَى ابْنُ الْمُنْذِرِ عَنْ حَفْصَةَ بِنْتِ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ أَبِي بَكْرٍ الصِّدِّيقِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ لَا يُجْزِئُ إلَّا الْغَنَمُ

Maksudnya: Mazhab kami (iaitu al-Syafi`e), dibolehkan aqiqah apa yang dibolehkan dengannya sembelihan dari jenis unta, lembu dan kambing dan ini adalah pendapat Anas bin Malik dan Malik bin Anas. Dihikayatkan daripada Ibn al-Munzir daripada Hafsah binti Abd al-Rahman bin Abi Bakr al-Siddiq RA, tidak dikira aqiqah itu kecuali kambing.

Bahagian Seekor Kambing Dibandingkan Dengan Unta Dan Lembu

Seekor kambing itu bersamaan dengan 1 bahagian bagi lembu dan juga unta. Disebutkan oleh al-Khatib al-Syarbini Rahimahullah di dalam kitabnya Mughni al-Muhtaj:

وَكَالشَّاةِ سُبْعُ بَدَنَةٍ أَوْ بَقَرَةٍ، فَلَوْ ذَبَحَ بَدَنَةً أَوْ بَقَرَةً عَنْ سَبْعَةِ أَوْلَادٍ، أَوْ اشْتَرَكَ جَمَاعَةٌ فِيهَا جَازَ، سَوَاءٌ أَرَادُوا كُلُّهُمْ الْعَقِيقَةَ أَوْ بَعْضُهُمْ الْعَقِيقَةَ وَبَعْضُهُمْ اللَّحْمَ

Maksudnya: dan bagi seekor kambing itu 1/7 (satu bahagian) dari unta dan lembu. Sekiranya disembelih unta atau lembu itu dari 7 orang anak atau dikongsi secara beramai-ramai, ia juga dibolehkan sama ada dengan sembelihan itu kesemua (bahagian) diniatkan untuk aqiqah atau sebahagian untuk aqiqah dan sebahagian lagi hanya untuk mendapatkan daging sahaja.

Rujuk sini untuk IRSYAD AL-FATWA KE-184

Bolehkah sekiranya seekor lembu korban itu diniatkan 5 bahagian untuk korban manakala 2 bahagian lagi untuk aqiqah?

Mengetahui bahawa isu ini terdapat khilaf padanya, maka padanya terdapat keluasan dalam beramal dengannya. Kami berpendapat bahawa boleh untuk disekalikan niat korban dan aqiqah pada bahagian lembu dan juga unta seperti mana yang dinaskan oleh pendapat dari kalangan al-Syafi’ieyyah dan juga al-Hanafiah.

Program Korban & Akikah

ezQ - EZQURBAN (EZQURBAN SDN BHD)

eQurban - Peneraju Qurban dan Aqiqah (Program Qurban dan Aqiqiah di Kemboja)

Korban & Aqiqah di Kemboja (Al-Ameen Serve Holdings Sdn Bhd)

Korban & Aqiqah di Kemboja (Nur Hijrah Korban Enterprise)

MyKorban (Dilaksanakan di 14 buah negara)

AmalQurban (Diselaraskan oleh Yayasan Amal Malaysia)

1. EZ Qurban

ezQ - EZQURBAN (EZQURBAN SDN BHD)

  • Harga Bagi Sebahagian Lembu RM 300* 
  • Harga Bagi Seekor Lembu RM 2100
  • Harga Bagi Seekor Kambing RM 580

*ezQ tidak menerima sebahagian lembu untuk ibadah aqiqah.

2. e Qurban

eQurban - Peneraju Qurban dan Aqiqah (Program Qurban dan Aqiqiah di Kemboja)

  • Harga Bagi Sebahagian Lembu (Malaysia) RM 570
  • Harga Bagi Sebahagian Lembu (Kemboja) RM 400
  • Harga Bagi Seekor Kambing (Malaysia) RM 800 
  • Harga Bagi Seekor Kambing (Luar Negara) RM 650

3. Al-Ameen

Korban & Aqiqah di Kemboja (Al-Ameen Serve Holdings Sdn Bhd)

  • Harga Bagi Sebahagian Lembu (Kemboja) RM 375
  • Harga Bagi Seekor Kambing (Kemboja) RM 595

4. Nur Hijrah Korban

Korban & Aqiqah di Kemboja (Nur Hijrah Korban Enterprise)

  • Harga Bagi Sebahagian Lembu (Kemboja) RM 300
  • Harga Bagi Seekor Kambing (Kemboja) RM 570
nur-hijrah

5. My Korban

MyKorban (Dilaksanakan di 14 buah negara)

  • Harga Bagi Seekor Lembu (Palestin, Syria, Iraq, Lubnan, Yaman) RM 1500
  • Harga Bagi Sebahagian Lembu (Pelbagai lokasi) RM 480
  • Harga Bagi Seekor Kambing (Pelbagai lokasi) RM 590
  • Harga Bagi Seekor Kambing (Syria) RM 1100
  • Harga Bagi Seekor Kambing (Syria, Iraq, Lubnan - dibekukan) RM 500
  • Harga Bagi Seekor Kambing (Palestin, Syria - ditinkan) RM 600
Poster-Umum-MyKorban-V2-1024x1024

6. Amal Qurban

AmalQurban (Diselaraskan oleh Yayasan Amal Malaysia)

  • Harga Bagi Sebahagian Lembu (Pelbagai lokasi) RM 350
  • Harga Bagi Seekor Kambing (Pelbagai lokasi) RM 450

Rujukan

1. Buku

Tarbiyatul Aulad Fil Islami, terbitan Insan Kamil

Majalah Al-Ustaz, Isu no 7 (Korban dan Akikah Lambang Kesyukuran), terbitan Telaga Biru

Tahniah, Anda Hamil!, terbitan Telaga Biru

Indahnya Hidup Bersyariat, terbitan Telaga Biru

2. Web

Laman Web Rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

Laman YouTube (kata kunci: akikah, aqiqah)

Laman web EZ Qurban, e Qurban, Al-Ameen, Nur Hijrah Korban, My Korban, Amal Qurban

UITM (hadis)

JAKIM

Imer Imran
 

Imer Imran adalah seorang Internet Marketer, Penulis dan Blogger separuh masa yang minat untuk menulis dan ada visi untuk kongsi ilmu dengan orang lain dengan harapan supaya menjadi bekalan pahala menuju akhirat.

Click Here to Leave a Comment Below 0 comments