A-Z Tentang Solat Tahajud

solat-tahajud


Solat tahajud adalah salah solat sunat yang paling diutamakan setelah solat fardu seperti yang dinyatakan oleh Nabi SAW di dalam hadis shahih.

A-Z tentang solat tahajud akan membicarakan semua perkara yang anda ingin tahu tentang ibadah ini dengan terperinci.

More...

Takrif Solat Tahajud

Dari segi bahasa, tidur atau meninggalkan tidur. Manakala dari segi istilah, solat sunat yang dikerjakan solat selepas isyak setelah bangun dari tidur. Ia juga disebut qiamullail.

Hukum

Sunat muakkad, disepakati oleh semua ulama. Walaubagaimanapun, mereka sangat menitikberatkan amalan tersebut kerana kelebihan dan fadilatnya yang sangat banyak.

Dalil

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a, Rasulullah SAW bersabda:

dalil-solat-tahajud-1

Ertinya: "Puasa yang aling utama selepas Ramadan ialah puasa sunat pada bulan Allah iaitu al-Muharam. Manakala solat yang paling utama selepas solat fardu iailah solat pasa waktu malam (qiamullail)."

Riwayat Muslim

Bilangan Rakaat

Tidak ditentukan bilangan rakaatnya. Ia dikerjakan sebanyak sekurang-kurangnya sebanyak 2 rakaat dan dilakukan sebanyak yang termampu.

Solat Tahajud tidak ditentukan bilangan rakaatnya. Ia dikerjakan sekurang-kurangnya 2 rakaat dan dilakukan sebanyak yang termampu.

Click to Tweet

Lafaz Niat

lafaz-niat-solat-tahajud

Sahaja aku solat sunat Tahajud 2 rakaat tunai kerana Allah Ta'ala.

Surah Yang Dibaca

  • Rakaat pertama: al-Fatihah, kemudian membaca sebarang surah
  • Rakaat kedua: al-Fatihah, kemudian membaca sebarang surah

Doa Solat Tahajud

doa-solat-tahajud

Ertinya: "Ya Allah, bagi-Mu segala pujian, Engkaulah cahaya bagi langit dan bumi serta segala isinya. Bagi-Mu segala pujian, Engkaulah Pentadbir langit dan bumi serta segala isinya. Bagi-Mu segala pujian, Engkaulah Maha Benar, janji-Mu benar, firman-Mu benar, hari kiamat benar, pertemuan dengan-Mu benar, syurga benar, neraka benar, hari kiamat benar, para nabi adalah benar, dan nabi Muhammad SAW itu benar. Ya Allah, kepada-Mu aku berserah diri, kepada-Mu aku bertawakal, dengan-Mu aku beriman, kepada-Mu aku kembali, kerana-Mu aku memusihi dan kepada-Mu aku menjadikan (syariat-Mu sebagai) penghukum; maka ampunilah segala dosaku yang telah aku lakukan dan yang belum aku lakukan, dosa yang aku rahsiakan dan aku nyatakan. Engkaulah Tuhan Yang Maha Mendahulukan dan Tuhan Yang Maha Mengkemudiankan. Tiada tuhan selain Engkau."

Riwayat al-Bukhari daripada Ibnu Abbas

Cara Solat Tahajud

1. Niat ketika takbiratulihram

2. Membaca surah al-Fatihah

3. Membaca sebarang surah

4. Rukuk

5. Iktidal

6. Sujud

7. Duduk antara dua sujud

8. Sujud kedua

9. Bangun untuk rakaat kedua

10. Membaca surah al-Fatihah

11. Membaca sebarang surah

12. Rukuk

13. Iktidal

14. Sujud

15. Duduk antara dua sujud

16. Sujud kedua

17. Duduk tawaruk

18. Membaca tahiyat akhir

19. Mengucap salam

20. Doa

Kelebihan Solat Tahajud

Berikut adalah antara kata-kata ulama mengenai qiamullail:

Hasan al-Basri berkata, "Aku tidak mendapati mana-mana ibadat yang lebih payah daripada solat pada tengah malam." Ditanya kepadanya, "Bagaimana keadaan ahli tahajud yang muka mereka sangat bersih? Jawabnya, "Kerana mereka berkhalwat dengan Tuhan yang Rahman, lantas dipakaikan kepada mereka daripada cahaya-Nya."

Abu Sulaiman al-Darani berkata, "Ahli qiamullail pada malam mereka lebih lazat daripada ahli lagha dalam kelalaian mereka dan kalaulah tidak kerana malam nescaya aku tidak suka untuk kekal di dunia ini."

Al-Dahhaq berkata, "Aku dapati kaum yang malu kepada Allah SAW pada kegelapan malam kerana banyaknya tidur."

Sebab-Sebab Mudah Berqiamullail

Merujuk kepada kitab Mukhtasar al-Qashidin karangan Ibn Qudamah, terdapat dua syarat supaya memudahkan qiamullail iaitu zahir dan batin.

1. Sebab-sebab Zahir

  • Tidak makan terlalu banyak.
  • Tidak letih iaitu jangan berpenat pada siang hari.
  • Tidur qailullah pada siang hari.

2. Sebab-sebab Batin

  • Menjauhkan dosa.
  • Menghindarkan diri dari berprasangka buruk kepada sesama muslim.
  • Menjauhkan diri daripada amalan bidaah.
  • Berpaling daripada kelebihan dunia.
  • Mengetahui kelebihan qiamullail.

Buku Berkaitan Solat Tahajud

Klik sini untuk senarai lengkap buku-buku solat tahajud yang disyorkan.

Kuliah di Youtube

HABIB ALI ZAENAL ABIDIN AL HAMID

Nota Kuliah Berkaitan Solat Tahajud - Track 0:29 - 2:16

  • Solat tahajud adalah solat yang dilakukan setelah seseorang rehat (tidur) di waktu malam. Mengikut pengertian, tahajud bermaksud seseorang yang memaksa dirinya untuk bangkit dari tidur untuk melalukan solat.
  • Adapun, solat yang dilakukan sepanjang malam tanpa tidur dinamakan solatullail atau solat malam.

Soal Jawab

Soalan: Bolehkah solat tahajud 4 rakaat dan 1 salam?

Jawapan: Solat sunat boleh dilakukan 4 rakaat tanpa tahiyat awal, hukumnya adalah sah. Lebih afdal adalah dengan disertakan tahiyat awal. Walaubagaimanapun, solat malam lebih afdal dilakukan 2 rakaat disambung 2 rakaat dan seterusnya.

Klik sini untuk menonton video kuliah di atas oleh Ustaz Azhar Idrus.

Soalan: Bolehkah solat tahajud dilakukan hampir masuk solat subuh?

Jawapan: Boleh. Kerana habis waktu tahajud menurut pandangan setengah ulama adalah apabila masuknya waktu fajar. Walaubagaimanapun, waktu paling afdal mengerjakan solat tahajud adalah 2/3 malam (3.00 pagi)

Klik sini untuk menonton video kuliah di atas oleh Ustaz Azhar Idrus.

Carian Berkaitan di Web

https://siraplimau.com/cara-solat-tahajjud-yang-betul-mudah

Kesimpulan

Perkara

Takrif

Hukum

Waktu

Bilangan Rakaat

Solat Tahajud

Dari segi bahasa, tidur atau meninggalkan tidur. Manakala dari segi istilah, solat sunat yang dikerjakan solat selepas isyak setelah bangun dari tidur. Ia juga disebut qiamullail.

Sunat muakkad

Dikerjakan selepas solat isyak setelah bangun dari tidur

Tidak ditentukan bilangan rakaatnya.

Imer Imran
 

Imer Imran adalah seorang Internet Marketer, Penulis dan Blogger separuh masa yang minat untuk menulis dan ada visi untuk kongsi ilmu dengan orang lain dengan harapan supaya menjadi bekalan pahala menuju akhirat.

Click Here to Leave a Comment Below 0 comments