5 Penyakit Yang Sering Menjangkiti Kanak-Kanak

#1. JAUNDIS

Apa itu Jaundis?

Lebih dikenali dengan nama penyakit kuning terjadi apabila darah bayi mengandungi bilirubin yang berlebihan. Bayi yang baru lahir mempunyai sel darah merah tambahan yang mengagkat oksigen oksigen dan kadangkala didapati ginjal bayi yang masih baru tidak dapat memetabolisme bilirubin yang berlebihan itu.

Gejala

Abdomen, mata dan kaki bayi menjadi kekuningan.

Rawatan

Menyusukan dengan kerap: untuk para ibu yang menyusukan bayi, anda perlu kerap menyusukan bayi anda dan mungkin perlu mengejutkan bayi anda yang sedang tidur untuk menyusukannya.

Jumpa doktor dengan segera: apabila mendapati bayi anda menghidap jaundis yang teruk, segeralah berjumpa dengan doktor untuk mengukur tahap bilirubinnya.

Pencegahan

1. Susukan bayi dengan susu ibu seawal jam pertama selepas bayi dilahirkan.

2. Susukan bayi dengan kerap pada bila-bila masa sahaja untuk menyingkirkan bilirubin dengan lebih cepat.

3. Sekiranya bayi anda kerap tidur, kejut dan menyusukan bayi sekurang-kurangnya dua jam sekali. Hal ini disebabkan oleh bayi akan mudah mengantuk dan kerap tidur apabila berlaku jaundis.

#2. ALAHAN

Apa itu alahan?

Tindak balas daya tahan yang memudaratkan terhadap protein pada alergen dalam persekitaran yang biasanya tidak memberi kesan mudarat kepada orang lain yang tidak mempunyai alahan. Alahan boleh berlaku melalui bahan yang disedut, yang dimakan atau disentuh.

Akibat dari orang yang mempunyai alahan, sistem badannya akan mengeluarkan histamin dan bahan kimia lain yang menyebabkan simptom seperti sesak hidung serta sistem respiratori, gatal hidung atau hidung meleleh, pedih tekak, cirit birit, mata berair dan gatal serta ruam gatal.

Gejala

1. Selesema. 

2. Bengkak mata dan bibir. 

3. Kemerahan dan gatal pada kulit. 

4. Cirit birit serta sesak nafas.

5. Kemerahan dan gatal pada kulit.

6. Cirit birit serta sesak nafas.

Rawatan

Sebaiknya adalah mencegah puncanya seperti habuk, bulu binatang dan kain poliester. Tetapai apabila tiada perubahan setelah pencegahan telah dilakukan, doktor biasanya akan memberi preskripsi antihistamin atau steroid untuk merawat alahan tersebut.

quote-left

Antihistamin tidak boleh diberikan kepada kanak-kanak yang berusia dua tahun ke bawah.

Pencegahan

1. Elakkan anak anda keluar rumah semasa jerebu tebal dan semasa angin bertiup kencang.

2. Tidak seharusnya anda memelihara haiwan peliharaan di rumah apabila anak anda mempunyai alahan terhadap haiwan.

3. Kawal habuk dengan sentiasa mencuci rumah atau bilik bayi.

#3. SEMBELIT

Apa itu sembelit?

Sembelit bermaksud pembuangan air besar yang tidak lawas. Apabila anak anda mengalami sembelit, dia akan kurang membuang air besar serta najisnya menjadi lebih keras.

Kebiasaanya, sembelit berlaku kepada kanak-kanak yang telah makan makanan pejal kerana berlaku perubahan dalam corak pemakanan mereka. Sementara bagi bayi yang berumur 0 hingga 3 bulan jarang mengalami sembelit.

Gejala

1. Meragam, sakit abdomen & gastrik.

2. Keras pada abdomen.

3. Darah bercampur dengan najis disebabkan dari luka rektum berpunca dari najis yang keras.

4. Najis berketul-ketul dan sukar dikeluarkan.

Rawatan

1. Banyak minum air: jus buah-buahan serta air dapat melembutkan najis anak anda.

2. Banyak makan sayur-sayuran: kentang lecek, kubis bunga serta lobak merah adalah sumber fiber yang baik untuk merawat sembelit.

3. Berjumpa dengan doktor: sekiranya najis tidak dapat dikeluarkan, segeralah berjumpa dengan doktor. Kemungkinan doktor akan berikan preskripsi sejenis ubat julap yang kurang kuat.

#4. SELESEMA

Apa itu selesema?

Selesema akan menyebabkan gangguan pada hidung dan kerongkong yang berpunca dari jangkitan virus. 

Gejala

1. Air meleleh keluar dari hidung, tersumbat dan bersin.

2. Suhu badan meningkat.

3. Sakit kerongkong.

4. Batuk.

Rawatan

1. Banyak minum air mampu mengurangkan masalah hidung tersumbat.

2. Sapukan ubat bermentol pada dadanya apabila anak anda berusia lebih setahun.

3. Gunakan ubat titis hidung seperti Normal Saline Nasal Drop yang diberikan oleh doktor, tetapi ubat ini dihadkan tidak melebihi tiga hari sahaja.

#5. FLU

Apa itu flu?

Lebih dikenali dengan nama influenza, ia merupakan penyakit yang mudah berjangkit disebabkan oleh virus influenza kumpulan A dan B. 

Gejala

1. Demam kuat dengan suhu tinggi sekitar 39 hingga 40.

2. Sakit kepala yang teruk.

3. Letih, lesu dan tidak bermaya boleh menjangkau sehingga dua ke tiga minggu.

4. Batuk, kerap bersin, hidung tersumbat dan sakit tekak.

5. Sakit dan lenguh-lenguh badan.

Rawatan

Segera berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan serta nasihat.

Imer Imran
 

Imer Imran adalah seorang Internet Marketer, Penulis dan Blogger separuh masa yang minat untuk menulis dan ada visi untuk kongsi ilmu dengan orang lain dengan harapan supaya menjadi bekalan pahala menuju akhirat.

Click Here to Leave a Comment Below 0 comments